Pengguna boleh download app Uber dari Google Play ataupun Apple Store secara percuma. Buat masa ini, semua bayaran Uber dibuat dengan mengunakan kad kredit. Oleh itu, pengguna perlulah mempunyai kad kredit mereka.
Terdapat berberapa jenis perkhidmatan Uber di Malaysia. Perkhidmatan ini diketagori dari jenis kenderaan yang dibawa oleh pemandu Uber.
Uber X
Uber X adalah kategori kenderaan asas untuk perkhidmatan Uber. Lazimnya ia juga cara yang termudah and termurah bagi penumpang untuk pergi ke sesuatu tempat. Kenderaan yang termasuk dalam kategori ini adalah termasuk kederaan seperti Perodua Myvi, Proton Saga ataupun Toyota Vios
Uber Xl
Uber XL adalah untuk kategori kenderaan yang lebih besar ataupun MPV. Kenderaan yang termasuk dalam ketegori XL adalah seperti Proton Exora, Nissan Grand Livina ataupu Toyota Avanza
Uber Black
Uber Black adalah kategori yang termewah dan termahal bagi perkhidmatan Uber di Malaysia. Di antara kereta yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti Toyota Camry, Honda Civic dan sebagainya.